Sunday, November 27, 2011

Tuhan

Kepalanya terputus sekata, ketika mendongak ke Jupiter, daging-dagingnya tercicir di kaki-kaki lima. Yang tertinggal hanya perasaan yang enggan menurut tujunya roh ke belakangan bulan, menunggu-nunggu jika ada yang sudi mengutip, baki-baki.

Lalu aku yang bermomentumkan kepul-kepul awan, berjalan dengan manja ke tepi-tepi dia, perlahan-perlahan memungut cebis-cebis yang tak diendah sesiapapun, cebis-cebis yang sedang meraung oh kasihan.

Didekatkan telinga mencuba transmisi, kerana aku yakin ada mesejnya.

Dengan teresak perlahan menahan turunnya sisa-sisa nyawa, dia berbisik;

“jika tuhan itu tak wujud seorangan, di mana yang lain lagi pergi?”

“cuba beritahu aku, apa lagi yang lebih cantik dari turunnya cinta?”

“jika ianya datang dari bukan tuhan, tak mungkin dari sesiapa lagi kan?”

3 comments:

Eda Latiff said...

Percaya kepada wujudnya DIA..pasti penghujungnya akan beroleh ketenangan yang didambakan..

Sloeko loe said...

setuju dengan eda. dialah ketenangan yang paling solid. =)

Tun Boja Bistara said...

aku pernah dengar kenyataan begini, antara tuhan dan bunga. aku pilih bunga. sampai hari ini aku senyum tak terkata. :)