Friday, December 17, 2010

nota layang keempat

kita terlalu mudah menulis dengan marah,
sehingga kadang-kadang kita terlupa,
betapa cantiknya cinta.

Thursday, December 9, 2010

sudah menebal nota di hati, tetapi sentiasa gagal menulis kerana suntuknya masa.

mual dengan gerakan masa kebiasaan hari-hari,
ia seperti mekanisme manusia di angkasa, perlahan.
dan gerak balas aku, ialah sibukkan seluruh diri,
dengan beban-beban yang tak pernah letih merantai kaki,
dengan hidangkan telinga pada teriakkan segala bangsa,
dengan kepura-puraan yang patuh pada arahan,
dengan benci yang semakin menebal di tabung jiwa,
menentang setiap ideologi kapitalis, layanan seekor-ekor rasis,
dan pejuang-pejuang individualis yang paling pentingkan diri!
ah, muak, hingga mahu muntah darah likat!

jadi kita manusia akan bazirkan kira-kira 50 tahun mengejar dunia dan isi perutnya?
ke mana agaknya akan terpelanting tuhan, dan rasa hendak hati?
dan sebab aku bertanya, kerana spesis kita memang tak akan hidup lama.
diam, jangan bantah, itu fakta.

Saturday, December 4, 2010

kita yang semakin hilang unsur manusia.

dendam yang engkau benihkan tak lama dahulu,
sekarang sedang mengesot ke seluruhan jasad,
dan mungkin esok atau lusa, engkau sepenuhnya gagal untuk waras,
kerana haluan itu, haluan yang sedikit dekat ke neraka.

Wednesday, November 24, 2010

nota layang ketiga

jika engkau telan sejuta antidepresan sekali pun,
yang fakta terus kekal fakta, yang setiap semua,
jatuhnya dari langit paling tinggi,
dengan setiap perincian yang pastinya
paling sihat untuk engkau.
dan berapa kali lagi perlu engkau bergeser dan terluka?
berapa kali lagi perlu kau terduduk dan tak terdaya?
berapa kali lagi, perlu engkau rasa, perasaan yang seolah-olah sesudah mati?
aku tanya, berapa kali lagi?

" pejamlah mata, kerana jawapannya, mungkin absurd untuk kau cernakan secara kasar"

Monday, November 15, 2010

lekas dekati awan.

sejuta luas depa aku lebarkan,
agar setiap daerah jiwa ini, disuluh violet dari tuhan.
tanpa ada yang terbelau. tanpa ada yang menyimpang,
supaya harapnya-harapnya, hapuslah titik-titik dosa,
yang paling pekat di teras hati ini.

Saturday, November 13, 2010

hadapan adalah abstrak kepada cahaya dan kegelapan

di balik tangis-tangis hujan,
ada kepanasan yang menumbuh,
dan jika bukan untuk hari esok,
mungkin untuk lusa atau seterusnya.

dan ya, kita tak akan tahu,
ke mana masa akan mengheret kita.

Monday, November 8, 2010

..dan apa yang aku perlu, ialah percaya pada rasa aku. yang setiapnya kamu venus.

venus,
ceraikan rasa ini dari tubuh milik aku.
kemudian, engkau susun cebisan-cebisan itu
di atas lantai paling terang, paling lapang.
dan yang akan engkau lihat, pada setiap selerak daging-daging itu,
ialah wajah amat mirip kamu.

ya, wajah semirip kamu.

Saturday, November 6, 2010

nota layang kedua

"dan cinta itu ada, di balik lindung lindung cahaya"

-kerana kita manusia fikir "terang" itulah cinta, padahal, yang "bergelap" yang "sembunyi" itulah cinta.

Tuesday, September 28, 2010

nota layang pertama

"dan kita tak akan mampu bentukkan teori untuk cinta. tak akan."

Wednesday, September 22, 2010

bila-bila ianya terlalu rumit, biarkan sahaja agar aku lupa.

mengetis sisa-sisa luka,
dalam sebotol kaca yang berdinding legap.
ditutup mati, supaya tak tertumpah di mana-mana.
kemudian layarkan sahaja ia
di atas kapal kertas kecil,
yang sesaat lagi akan ditimbus ombak.

karam, entah di mana.
senang.
..

(bila engkau sudah terlalu penat, biarkan saja sehingga sendiri terlupa.)