Saturday, January 22, 2011

Jika.

pari,
jika esok engkau harus pergi,
ditarik takdir,dibeban tugasan,
bagaimana dengan aku?

pari,
jika esok engkau tak turun lagi,
dicurang para, disingkir setia,
bagaimana dengan aku?

pari,
jika esok engkau dipanah mati,
dihukum tuhan, dimamah syaitan,
bagaimana dengan aku?

pari,
jujurnya aku gentar
untuk terlalu tenggelam dalam perasaan sendiri,
dalam ruang tengah dada ini.
kerana di ketika itu, aku seolah sepi,
memalap dan terus mati,
menunggu jawapan terus dari tuhan, menerusi luncuran masa.

ya, aku sedang di fasa pegun, kekal pegun.

13 comments:

APi said...

cuba fasa lain pulak..^^

Fyn. said...

bilamana pari tiada , apa yang tinggal yaa ?

Eda Latiff said...

kembali kepada Pencipta kita..=)

teruskan berkarya

Anis izyan Abd Rahman said...

like always
i like !

Sloeko loe said...

api- perasaan semasa yang hanya turutkan jiwa. tak boleh dikawal malangnya. =)

tasya fyna- tak ada berbaki apa pun. yang tinggal, hanya ruang kosong vakum dari apa-apa. =)

eda- terima kasih eda. saya akan cuba selagi mampu. =)

anis izyan abd rahman- terima kasih anis. seperti biasa juga, menghargainya. amat. =)

ceritaku MEMORIKU said...

bila kita fikirkan semua tu
kita seolah2 kaku
untuk seketika kan
-na'dz

Sloeko loe said...

terlalu obses dengan persoalan, yang engkau sendiri tak akan jumpa jawapan. ya, terpulang daya individu. mungkin sementara, mungkin lama-lama. ada baiknya, engkau tepis soal-soal itu, atau tak, minda terperangkap dengan kusutan. =)

Sesumpah said...

nanti go makan diri.
mana boleh pegiii.

:D

Sloeko loe said...

ada mana daging yang tak pernah luka tika rindu? beri tahu aku =)

Fyn. said...

kosong tak punya makna kan ? perit .

Sloeko loe said...

tahan saja lah. dah itu ketetapan. =)

Fyn. said...

yaa , tahan saja . terima kasih sloeko :)

Sloeko loe said...

sama-sama. terus hidup dengan gagah. =)