Tuesday, April 24, 2012

Sembilan Puluh Satu

Suara hati harus dicatit dan disimpan peribadi, untuk rujukan di masa kecemasan.
Esok lusa kan akan tiba masa engkau dan aku akan melumpuh,
terbaring jauh di sekitar sana, atau mungkin tersepit dengan monolog gangsa
yang mula menghitam.
Dibukukan dengan kemas, biar tersusun dengan tarikhnya,
biar apa yang aku engkau rasa kekal di situ selamanya.
Mamalia manusia kan memang selalu mudah terlupa, kerana angkuhnya dengan mahkota.

2 comments:

lavender harum wangi said...

Suara hati yang dicatit dengan pena berdakwatkan halimunan. Hanya si penulis yang nampak, untuk kenangan dan peringatan.

Sloeko loe said...

tepat, begitulah. =)