Thursday, February 24, 2011

memendam itu bisa yang akan melarat.

marah suntikkan racun dalam lorong darah,
kebaskan perasaan, longgarkan pemikiran.

kita mula perjudikan hubungan,
dengan tengkar dan lonjakan suara,
mengira salah aku dan kemudian engkau,
menunding jari, membida ego,
bertaruh sampai satu akan menang.

yang kalah,
selalunya mengalah,
menabung dendam, tunggu sampai melimpah,
sampai jasad tak tertahan.
luahkan kemudian berjalan,
ludah dan tamatkan.

dengar cakap aku,
perkongsian perasaan itu penting bagi dua jiwa.

6 comments:

Eda said...

perkongsian perasaan itu penting bagi 2 jiwa..so true kan..=)

eqacashperlala said...

sokong kau!
hidup perlukan kompromi.
baru harmoni

Sloeko loe said...

ya, itu yang terbaik, pada saya. =)
sifar salah faham, basmi dendam, dan suburkan persefahaman. =))

terima kasih eda dan eqacashperlala!
kompromi, itu yang paling tepat. =)

Anis izyan Abd Rahman said...

i like this !

bait last , it is so true !

Sloeko loe said...

terima kasih anis ya. =)

bagi saya begitu, tapi hairan juga, ada yang tak beramalan begitu. =)

Tasya Fyna said...

aku dah cuba berkongsi rasa , tapi tak siapa pun akan pernah faham . yang akhirnya salah , aku .