Cuma hanya dia,
Yang gigih penat,
Tahan dan sentiasa,
Sekarang hingga hadapan.
Cuma perlu dia,
Untuk rebahkan segala,
Terang atau padamnya,
Rasa juga terasa.
Cuma dia,
Hanya naluri,
Tidak percuma,
Entah mungkin, selamanya.
Saturday, January 17, 2015
Enam
Aku mungkin binatang,
Yang diberi akal,
Untuk merasa,
Tentang ludah dan kencing dunia.
Tentang kompleksnya dan rigitnya fakta terprogram.
Undang-undang demokrasi yang dimonopoli, digoncang racis dan alkohol cap kroni,
Dibenci dan perlu dibasmi.
Seolah dirantai bertuan hilang kemerdekaan yang telah berjuta nyawa ditumpahkan.
Dan sementara bendahara sedang lena tidurnya bersama gundik kelas atasan berbibir munggil,
Kita dikerah mengonggong tulang senjatanya,
Demi raja yang tiada siapa rakyatnya.
Keji yang tiada batasan, kapitalis bangsat tak punya perasaan.
Engkau, tuhan berkepala syaitan.

Lima
Perpuluhan adalah ralat tandanya bukan penuh seluruhnya,
Sedikit tolak, sepertiga atau separuh, masih bukan semuanya.
Ragu-ragu gementar, belahan dedua, titik yang samar-samar duduknya.
Diam dan cerna.
Sekarang, aku, ingat ya,
Untuk engkau, rasa,
Genap dan ganjil, juga perdana.
Setiapnya genap berperisa,
Ganjil absurd ada di mana-mana.
Dan perdana, yang ter-paling,
Cinta.

Empat
Statistik dan kebarangkalian,
Adalah perkara yang membingungkan dalam perhubungan,
Kerana setiap akal dan keputusan,
Muktamadnya dari penilaian, tanpa rujukan atau semakan,
Membezakan sama ada,
aku atau dia.
Sama ada, dia atau dia.
Atau aku dan mereka.
Kompleksiti yang bergantung kepada reliabiliti,
Kata, tindak tanduk, atau niat.
Masih tiada rumus untuk dihunus,
Tentang tumbuh mati akar yang terbenam.

Tiga
Ruang ini selayaknya tiada siapa yang mampu tembus,
Kerana disini hanya ada aku,
Dan ratusan juta memo yang terlalu peribadi,
Tentang diri, manusia dan nilai satu nyawa.
Mahupun rasa atau pandangan,
Baik yang lurus atau kecilan bengkok,
Dan hasil-hasil cerna yang mungkin separuh daripadanya separa belum dihadam,
Semua tentang aku boleh kau hirup disini.
Dan bila kau hembus dan lepas,
Apa kau rasa nikotin cinta? Atau hanya tar yang membusuk penuh dendam dan marah?
Aku adalah aku, dan kamu pemutusnya.
Apa perlu kau simpan,
Atau buang segala ke atlanta,
Dan mula ceroboh sangkar yang baru.
Aku pilih untuk kekal dan terima.
Kerana pahit itu hanya setitik nisbahnya.
Dan ya, terpulang.

Dua
Suhu tak lagi selesa,
Sejuk membeku segala rasa,
Masa seakan berhenti,
Membenci secara terperinci.
Pesta terusan membisu,
Sendiri dan lagi sendiri,
Hilang konsentrasi,
Monolog penuh bermacam emosi.
Bingung dengan pergerakan,
Bersegi yang mengelirukan,
Terliur dengan khayalan,
Segala idaman dipaksa berjauhan.
Berlari dalam bulatan,
Aku, sesat dalam pemikiran,
Mencari pencuri,
Yang memikat hati.
Satu
Kau adalah candu,
Perisa karamel berkrim vanila,
Asap dan khayalku,
Setiapnya, kamu.
Mata terpejam putih,
Vakum dan lutsinar,
Lintasan demi lintasan,
Setiapnya, mirip kamu.
Bunyi bunyian,
Membunuh pendengaran,
Mengkaburkan penjelasan,
Setiapnya, mungkin kamu.
Padam, gelita.
Sesat, buntu.
Hanyut, melayang.
Hilang, kamu.
Perisa karamel berkrim vanila,
Asap dan khayalku,
Setiapnya, kamu.
Mata terpejam putih,
Vakum dan lutsinar,
Lintasan demi lintasan,
Setiapnya, mirip kamu.
Bunyi bunyian,
Membunuh pendengaran,
Mengkaburkan penjelasan,
Setiapnya, mungkin kamu.
Padam, gelita.
Sesat, buntu.
Hanyut, melayang.
Hilang, kamu.
Friday, May 9, 2014
365
Muka pertama,
terbiar tiada apa-apa,
terdiam kaku seolah hilang semua,
catitan minda yang seleraknya kompleks maka susah dibaca,
kabur seolah rabun kuasa lima,
terus-terusan begitu sehinggalah muka yang ke-sejuta.
Setelah sekian lama memendam rasa,
terdetik aku ke sini semula,
diam dan membaca,
catitan-catitan lampau sewaktu perang dunia pertama.
Separuh jiwa di haluan yang sama masih membasi buta,
kiblatnya berganjak tidak berpola sekata,
separuh lagi sudah lesap entah ke mana pegangan yang lama.
Perspektif kini, kewarasannya lebih meliar, dipukau seluruh teori campakan manusia,
Lingkungannya lebih besar, berkadar terus dengan nyawa yang semakin dekat,
tarikh luputnya.
Mungkin masa buat kita lebih dewasa,
Mungkin ketawa buat kita mudah lupa,
Mungkin sedih buat kita terus hidup,
Mungkin semuanya sudah dirancang mula hujungnya.
Perlahan-lahan aku mula tersedar,
cahaya terang menusuk mata,
lalu segera aku berselubung, dalam gelap lindungan bayang-bayang,
jelas masa mencemburui kita, setiap inci dan dan fasa,
esok atau lusa, pasti aku akan kemari,
mengisi diari, untuk diri di hadapan nanti.
Selamat malam, bintang terang.
Tuesday, March 12, 2013
Idola.
karyanya peta buat hati-hati yang pasif akibat lemas di riba cinta.
suaranya tegas melantang memukau roh-roh yang bebas sementara.
bijaknya terang memaksa akal kembali bekerja selari hingga ke malam.
tulisannya bernyawa berkata-kata, menari dengan cantiknya.
bayang-bayangnya besar menutup gelap bermalamlah cita-cita.
sama ada tentang gajah atau rusa, guruh atau luruh, telitinya hebat mesejnya di dada langit.
abstraknya rahsia untuk dicerna, jawapannya ada bila bersemuka.
mula hingga akhirnya, engkau cukup cantik.
harapnya cuma satu, engkau terus begitu, engkau terus begitu.
kerana manusia akan selalu kehilangan satu demi satu kehendaknya, nafsunya.

Friday, January 11, 2013
Siang yang paling terang sebenarnya adalah malam yang paling gelap.

Itulah derhaka yang tersorok sejauh tujuh ratus tahun cahaya jauhnya.
Dilipat kemas, agar bucu-bucunya tidak jelas, agar tidak jejas perca-perca percaya yang tertinggal.
Dan bila roh mula kembali ke jasad yang ada, kita mula hilang keseimbangan, dalam lopak pegangan.
Abjad dan angka semakin mengelirukan, mula-mula untuk tuhan, sekarang sudah tidak bertuan.
Lacurkan segera, apa yang tersedia ada, biar menumpu fakta-faktanya.
Kerana di sebalik malam yang paling gelap, ada cinta yang tak akan luput tarikhnya.
Jadi, segera acukan senjata, sedia dan terima.

Wednesday, January 9, 2013
Manusia dan jawapan.
jika perlu dibentangkan langit dan angkasa,
dirobek isi-isinya keluar, ditanggal bintang dan bulannya,
dilerai simpul-simpulnya, dibogel teras dan pusatnya,
walaupun perlu untuk lemas dalam lubang hitam yang sambungnya ke mana,
walaupun perlu bernyawa seterusnya dengan barah-barah senja,
walaupun sukar, walaupun lama mana,
kerana kita memang begitu.
manusia dan jawapan.

Friday, December 14, 2012
Perisa.
Cumbunya manja, matanya gembira,
Peluknya erat, genggamnya ketat,
Bisiknya lembut, belainya khayal,
dan atas seribu sebab lagi yang aku akan rahsiakan, aku putuskan pilihan,
yang kamu, bintangku.
Apa yang tinggal, hanya angkasa,
dan aku akan ada, semuanya.
"Selamat malam nyawa dan rasa, semoga tidur yang paling lena."

Dilari
Longgokan buku yang masih belum dibaca, mesejnya ada, cuma perlu digodam sehingga keluar,
kerana moralnya terlalu mahal untuk dilacurkan sia-sia. Diselak-selak, nampaknya ghairah, untuk jiwa yang sentiasa kehilangan dilarikan. Sedang, mencari idea yang nalurinya kompleks untuk dibogelkan, ruang ini semakin sempit. Hilang secara tiba-tiba, diculik dan dibawa pergi, pulangnya? entah bila. Mungkin ini komplikasi tahap atasan, di mana semuanya nampak rumit, dan meluah itu dilarang, jadi kita pilih untuk mendiam dan berhenti berprogres, walupun itu mungkin yang terbaik daripada kita, hilang hala dan mengalah di titik-titik mula. Lemparkan senyum di kaki-kaki lima habitat manusia yang terasing, tumpahkan nangis di awan-awan gula yang masih tercatat, bila cukup masa, larikan sejauh angkasa, pitamlah di mana-mana, soalnya kita semua masih sama, tetap hilang tempat bermula, keliru tentang plot dan tamatnya. Jadi aku rangkakan peta jiwa, yang lengkap dengan catatan rasa, serta jalan-jalan yang tujunya buta. Ganjil tetap ganjil, keluarnya tetap unik dan luar pertimbangan, manusia yang gagal. Tak mengapa, akan terus aku catatkan setiap luar nikah yang termuntah. Untuk dikaji geraknya tuhan, memang mustahil walaupun dengan segumpal ekstasi yang akan dibenihkan, putusnya di situ sahaja, rahsia. Sains dan tuhan, cukup cantik tanpa cela. Pilih sahaja untuk teruskan, dan rasa apa yang dibenarkan rasa. Diam dan kekalkan nadinya, di atas nyawa yang sedang dipinjamkan mereka dan mereka.

Satu, dua, tiga.
Satu.
Terjaga dan menyamar,
Segar dan segera,
Menuju masa hadapan.
Dua.
Gemuruh dan hilang tumpuan,
Ditembak dan dipanah liar,
Barah, menyeksa.
Tiga.
Gelap, buta dan hilang pegangan,
Meruntuh dan berontak,
Tak apa, cuba lagi, pujuk hati.
Satu, dua, tiga.
Hidup, menunggu mati.
Terjaga dan menyamar,
Segar dan segera,
Menuju masa hadapan.
Dua.
Gemuruh dan hilang tumpuan,
Ditembak dan dipanah liar,
Barah, menyeksa.
Tiga.
Gelap, buta dan hilang pegangan,
Meruntuh dan berontak,
Tak apa, cuba lagi, pujuk hati.
Satu, dua, tiga.
Hidup, menunggu mati.
Saturday, November 24, 2012
Kebarangkalian.
Dalam seribu perkara yang aku tahu tentang dunia, kebarangkalian adalah kewujudan yang paling sukar di mana ia adalah produk lacuran sains dan matematik yang paling tak akan terjangka. Jadi hentilah bertanya tentang tarikh luputnya kita dan halanya, kerana seperti manusia biasa-biasa lain, jawapannya tak akan pernah ada untuk aku pancarkan. Yang tinggal, hanyalah kepercayaan yang ianya diperjudikan atas ehwal pelaburan jika engkau paham apa yang aku katakan. Usah dibincang dengan teliti tentang rasa hati yang memati, rasa benci yang meninggi, kerana ianya milik kongsi dan salah betulnya jatuh untuk berdua. Jadi diam dan sila terima. Catit dan hafalkannya. Atau lebih mudah, mengalah dan menyerah. Litar ini tak akan pernah berintangan ada atau tanpa kita, jika engkau paham soal menerima kurang dan lebihnya.
Nanti.
Luar dari paksi normal, ralatnya meninggi mencium angkasa.
Toleransi di aras paling minimum, itu ketikanya salah paham yang paling menyesatkan.
Tangan yang dipanah untuk meniup cinta telah ditepis secara terang-terangan, bukti yang pujuknya gagal dan radangnya semakin disuntik syaitan, memualkan.
Berkejarlah mata dan mata, sebelum dilontar sekapal kata-kata mirip bintang-bintang pinjaman,
tetap enggan, berlagak tuhan, transmisinya mustahil untuk bermula.
Dada hauskan oksigen, kekurangan, gara-gara letihnya nyawa untuk berjalan.
Lalu dinyala candu-candu yang telah lama bersembunyi diam dalam poket, sekarang,
rasanya lebih ringan untuk berbicara tentang rasa dan sengsara, luka baru dan lama-lama.
Tersenyum tidak sengaja, selepas melihat titis-titis air mata yang bernada hiba dan hanyirnya pekat.
Seperti hari biasa-biasa yang telah berdekad hayatnya, air mata itu hanya ludahan yang lendirnya kotor, tiada isi tiada rasa dan tiada makna, ya, itu jujurnya kan?
Menangis seperti kehilangan raja dan negara, kononnya pembangkang menyuntik derhaka, walhal harta dan mahkotanya sudah dahulunya disembunyikan di tempat hanya engkau yang tahu.
Soalnya sekarang, engkau sudah kehilangan rasa.
Tawar seperti tiada apa-apa.
Dan seribu perjanjian yang telah kita lafazkan seribu dekad dahulu, telah aku dan engkau lupakan.
Jadi yang tinggal sekarang, hanya sisa cita-cita yang tak akan pernah relevan.
Tujuh puluh tahun kelak, kita akan gagal dan bermula semula hidup tanpa roh.
Dan mungkin di situ hanya kita akan belajar, tentang pentingnya menghargai.

Saturday, September 1, 2012
Dan tarikh itu tetap
Jejak-jejak yang terus berhayun
Kincir yang kelak akan terhenti
Peduli yang tak seiringan
Lorong-lorong yang kadang kala sesak kadang kala kosong
Kolonial yang terheret, bergesel lalu luka.
Goyah tidak akan menziarah hari-hari yang mendatang dan itu pasti
Cuma mentol yang filamennya mudah terbakar, perlu ditukar
Rindu pada merah, rindu pada bendera
Berbulan yang dalam, berbulan yang segalanya.
Suluhan lampu pentas tepat ke anak mata, jadi teruja
Lumpuh tanpa gas, lumpuh tanpa perasaan
Keesokan yang perit, kilometer yang menjerit
Menjalar-jalar seluruh bekas, lalu aku akan tewas
Terkenang talian-talian yang erat, berpaut
Cahaya-cahaya yang tertarik memanjang, suara tiga peringkat terigau-igau
Ada sesuatu di mata, segmen ini tergendala

Langit, Bulan dan Bumi
Langit yang meradang kesedihan
Turunlah hujan menghempas kuyup bumi dan penghuni
Dan langit menjerit-jerit lalu terbitlah guruh
Atas sebab derita yang ditanggung diri
Yang semakin menebal demi hari..
Bulan juga setengah mati
Sebentar bernyala sebentar malap
dan adakalanya tidak kelihatan
tanpa sebarang cahaya..
Ditetapkan Dia yang segalanya
Haruslah sebiji bulan dengan orbitnya
Begitulah jua langit dengan had tingginya
Dan ianya mandatori
Ianya sumpah yang tak boleh dibocori; dikotori
Hari pertama sehinggalah kini
Tempohnya tidak terkata jumlahnya
Langit, bulan dan bumi sentiasa bersama
Di mana langit dan bulan sentiasa berdepan
Dan bumi memerhati dari arah bawah.
Takdir berjalan di mana timbul perasaan
Antara langit dan bulan
Diyakini segumpal rasa cinta yang mahal
Bulan tampan dan langit menawan.
Dua yang tanpa cacat cela.
Malangnya jurang,
had dan batasan,
ketidakmampuan mengengkar arahan,
melarangkan mereka merasakan..
sentuhan dan belaian,
atau bisikan cinta telinga ke telinga,
dan apa yang termampu hanyalah memandang..
sepertilah juga bumi memandang mereka..
Tidak hairanlah bumi yang melihat, begitu faham mengapa
langit teriak-teriak kesedihan
dan
bulan kelihatan menghampiri kematian..

Saturday, August 18, 2012
Tuesday, August 14, 2012
Dadu
Cakerawala, politiknya sukar.
Sayapnya ada tiga, cuma terseliuh manja.
Dirantai bola besi, manusia aneh bermuka dua.
Radiusnya pekak kurang upaya,
mabuk hari-hari, terlantar di atas dewi yang lagaknya tuhan.
Didendangkan puisi tentang kebenaran, telinganya meleper kononnya tak bertuan.
Sebentar waras sebentar tidak, tersesat di pekan-pekan murahan.
Perpaduan menyorok di belakang mereka, tak muncul diri,
gara gara diacukan senjata automatik bukan buatan kita.
Diugut dia dan keluarga, dipadam haknya bersuara,
diformat akal dan nyawanya,
jelas jelas dia tak ada pilihan.
Jilat dan menjilat, suka sama suka, mereput satu per satu.
Malaikat kiri penat mencatit, malaikat kananmual menunggu.
Fotosintesis mereka akan terhenti, sebentar sahaja lagi.
Jadi kita akan terus menunggu, sehingga masanya akan tiba,
masa untuk bumi runtuh, masa untuk lahir semula.

Subscribe to:
Posts (Atom)